• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Angin Timur Perlis Pada 23 Hingga 25 Mac

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pesta Angin Timur Perlis yang sepatutnya berlangsung pada 9 hingga 11 Mac lepas, dijadualkan semula pada 23 hingga 25 Mac ini, di Kampung Bangsal Lebah, Kayang dekat sini, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

“Kita telah tetapkan tarikh baharu, namun lokasi tidak berubah kerana kawasan tersebut telah kering dan diharapkan pesta angin timur dapat dijalankan dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas program Multaqa Pendakwah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Mes Pegawai Kanan PDRM dekat sini, hari ini.

Beliau berkata setiap atur cara juga akan dijalankan seperti yang dirancang sebelum pesta itu ditunda berikutan tapak lokasi penganjuran dilanda hujan dan menyebabkan tanah menjadi lecak.

Sehubungan itu katanya orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan pesta anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis bagi kali keenam sejak 2011.

Pesta Angin Timur merupakan satu program yang cukup dinanti-nantikan oleh penduduk di negeri ini selain menjadi produk pelancongan di Perlis. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azlan ManPerlis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd (SKTT), Shafiei Ismail, mengesahkan syarikat berkenaan mengeluarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd