• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Angin Timur Perlis 2018 Pada 23 Mac

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pesta Angin Timur (PAT) Perlis 2018 yang bertujuan menyemarakkan aktiviti kebudayaan tempatan di negeri ini akan diadakan selama tiga hari bermula Jumaat ini setelah acara itu ditangguhkan sebelum ini akibat hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Negeri, Datuk Abdul Jamil Saad berkata perkarangan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini dijadikan tapak baharu pesta itu.

Beliau berkata pesta itu pada asalnya dirancang pada 9 hingga 11 Mac lepas di Kampung Bangsal Lebah, Kayang tetapi terpaksa ditangguhkan apabila tapak pesta digenangi air akibat hujan lebat.

Katanya sungguhpun tarikh baru ditetapkan pada 23 hingga 25 Mac, namum tapak pesta masih digenangi air sehingga memaksa lokasi pesta diubah ke perkarangan Dewan Undangan Negeri.

“ Deretan khemah sedang giat didirikan di tapak baharu yang tidak dinaiki air,” katanya kepada Bernama selepas meninjau tapak baharu pesta itu , hari ini.

Abdul Jamil berkata pelbagai acara yang menonjolkan tradisi masyarakat Melayu selepas musim menuai seperti acara dalam sawah serta persembahan kebudayaan tradisional akan tetap diadakan seperti dirancang.

Beliau berkata perubahan tarikh pesta itu mungkin memberi sedikit kesan terhadap kehadiran orang ramai namun pihaknya dimaklumkan ramai pelancong asing akan hadir.

Katanya pada tahun lepas lebih 300,000 orang mengunjungi pesta itu berbanding lebih 130,00 pada 2016.

Pesta itu yang menjadi acara tahunan sejak 2011 mendapat sambutan menggalakkan terutama dalam menarik kedatangan pelancong asing ke Perlis dan dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Tourism Malaysia sejak 2014. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

22/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12...

PM Anwar Hubungi Sahabat Beliau Vijay, Rancang Kunjungan Ke Tamil Nadu

PM Anwar Hubungi Sahabat Beliau Vijay, Rancang Kunjungan Ke Tamil Nadu

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah berhubung dengan sahabatnya yang juga pelakon popular India,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd