• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Perlekeh’ Samsung, Adik Neelofa Dikecam Berlagak

oleh
20/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADIK kepada pengacara Neelofa iaitu Nur Ameera Khan sekali lagi menerima kecaman hebat gara-gara tindakan beraninya lantang bersuara memperlekehkan jenama telefon pintar, Samsung.

Baru-baru ini, Ameera memuat naik satu video yang bertajuk “Quickfire Q&A With LMK” menerusi laman Instagram milik dirinya.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan Ameera yang disifatkan agak keterlaluan ketika diajukan soalan meminta dia memilih jenama telefon pintar antara Samsung dan iPhone.

AMEERA KHAN

Menerusi video berkenaan jelas memaparkan Ameera dilihat memperlekehkan jenama Samsung dengan melontarkan ayat yang dianggap seolah-olah menghina telefon pintar tersebut.

“Samsung? Euwww… What are you talking about? iPhone of course,” ujar Ameera menerusi video berkenaan.

Situasi tersebut telah menimbulkan kemarahan netizen yang majoritinya mengecam tindakan adik kepada pengacara terkenal tersebut secara berjemaah.

Rata-rata netizen tidak menyenangi dengan perkara itu dan mengaitkan jawapan tersebut dengan tindakan Ameera yang mempromosi jenama berkenaan sekitar lima hari lepas.

Malah, terdapat juga dalam kalangan mereka yang meminta pihak Samsung untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ameera.

Sehingga kini, video tersebut dilihat terus mendapat perhatian dan sekali gus menerima kecaman teruk daripada netizen di pelbagai platform. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: ameera khanNeelofa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Insiden Curi Rakam, GSC Lapor UIP

08/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Golden Screen Cinemas (GSC) memandang serius insiden perkongsian sedutan filem House of Gucci ke media sosial dan sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd