• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenayah Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis

oleh Ahmad Albab
06/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Persiaran Ainsdale Selatan, Seremban, hari ini.

Sumber berkata, dalam kejadian 3.15 pagi itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Labu, Seremban dan menemui kereta dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, polis cuba memintas dan mengarahkan pemandu memberhentikan kereta namun kenderaan itu memecut.

“Sehubungan itu polis mengejar hingga ke Persiaran Ainsdale Selatan sejauh dua kilometer.

“Sebaik tiba di tepi jalan, seorang lelaki keluar kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah polis manakala seorang lagi lelaki menyerang menggunakan parang ke arah anggota polis,” katanya.

Menurut sumber itu, polis terpaksa mempertahankan diri dan melepaskan tembakan terhadap kedua-dua penjenayah berkenaan.

“Kedua-dua lelaki terbabit maut ditembak. Pemeriksaan ke atas mereka tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Katanya lagi, pemeriksaan ke atas kenderaan mendapati nombor pendaftaran palsu dan kereta itu turut digunakan bagi kegiatan jenayah di Klang, Selangor.

Sementara itu Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin yang dihubungi mengesahkan kejadian dan akan mengadakan sidang media petang ini. – myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: penjenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd