• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Terima Tekanan Undi BN Dinafikan

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan dakwaan pihak pembangkang kononnya penjawat awam menerima tekanan supaya tidak mengundi selain Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Presiden Ceupacs, Datuk Azih Muda berkata kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman sebelum ini juga telah dimanipulasikan dan di luar konteks maksud sebenar.

”Tindakan mereka ini adalah cubaan menabur fitnah dan seolah-olah mencampuri urusan kerajaan serta mahu mengajak penjawat awam ke kancah politik.

”Kenyataan Tan Sri Zainal Rahim Seman adalah merujuk kepada penjawat awam perlu menghargai kerajaan sedia ada bermaksud mereka perlu membalas balik sama ada dalam bentuk produktiviti, kerja keras dan komitmen terhadap tugasan setelah usaha kerajaan selama ini menjaga kebajikan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad Nor mengeluarkan kenyataan mahu melindungi hak-hak demokrasi dalam kalangan 1.6 juta penjawat awam dengan mewujudkan Jawatankuasa Bertindak Pembela Penjawat Awam.

Ini susulan dakwaan beliau yang menerima aduan daripada guru mengenai cubaan oleh pihak tertentu yang berniat untuk menakut-nakutkan mereka untuk tidak mengundi selain daripada BN.

Azih menegaskan kerajaan hari ini sentiasa menjaga kebajikan penjawat awam dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan telah banyak melakukan penambahbaikan dalam sektor perkhidmatan awam.

”Kami berasa amat terhutang budi dengan kerajaan sedia ada yang sentiasa membuka peluang rundingan antara pekerja dan majikan.

”Kerajaan juga telah menimbang banyak perkara yang telah memberi keselesaan sedikit kepada penjawat awam untuk keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azih MudaCuepacs
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Negara Kedua Paling Gembira Di Asia

Next Post

Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Kini Di Pasaran Malaysia

Related Posts

Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS

Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS

18/08/2024
0

KUALA LUMPUR : CUEPACS terbuka kepada aduan dan saranan orang ramai berhubung penyampaian perkhidmatan awam supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan secara...

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana

08/08/2024
0

Kuala Lumpur : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik kenaikan gaji kepada kumpulan pelaksana yang dijangka...

Next Post

Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Kini Di Pasaran Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd