• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Bagan Datuk Diyakini Bersama BN

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Limpahan pembangunan yang semakin banyak dikecapi penduduk di Bagan Datuk selepas diangkat daerah ke-12 negeri Perak bakal memperkukuh semula kawasan parlimen itu sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Shahrul Zaman Yahaya berkata pengundi di kawasan parlimen itu dilihat sudah semakin sedar bahawa hanya kerajaan yang ditunjangi BN serta adanya Anggota Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri sahaja mampu memajukan serta merancakkan lagi peluang ekonomi di kawasan berkenaan.​​​​

Malah katanya tidak mustahil kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Hutan Melintang yang kini dipegang pembangkang akan berjaya dirampas semula, selain mengekalkan kerusi DUN Rungkup disandangnya dan menambah majoriti undi di kawasan Parlimen Bagan Datuk.

“Satu ketika dahulu Bagan Datuk merupakan kubu kuat BN, saya pasti dengan apa yang telah berlaku di sini ketika ini, ia memberi satu harapan kepada penduduk yang memang mahukan pembangunan.

“Rakyat mempunyai pemimpin nombor dua negara (Ahmad Zahid) di sini sebagai wakil rakyat, kami yakin mandat akan terus diberikan malahan sokongan itu akan lebih kuat daripada sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah, di sini hari ini.

Menurut Shahrul Zaman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, pembangunan yang sedang rancak berlaku di daerah itu kini telah mulai memberi limpahan kepada penduduk setempat khususnya dari segi ekonomi.

“Antara isu sebelum ini ialah pembangunan, tetapi jelas Bagan Datuk bukan lagi seperti dahulu, ia kini satu daerah baharu di Perak dan terdapat pelbagai projek besar giat dibangunkan serta telahpun dibangunkan yang menelan belanja berbilion ringgit.

“Kita di Bagan Datuk yang diketuai oleh Datuk Seri (Ahmad Zahid) konsisten melakukan kerja demi rakyat dan kita akui kita perlukan sedikit masa lagi untuk teruskan agenda dirancang kerana pembangunan daerah ini tidak akan ada noktah selagi di bawah BN,” katanya.

Ketika ini sebanyak 46 projek bernilai RM61 juta bagi projek di bawah kerajaan persekutuan melibatkan peruntukan khas Timbalan Perdana Menteri kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan di Bagan Datuk.

Melihat akan kebersamaan pengundi Bagan Datuk bersama BN, Shahrul Zaman turut melahirkan keyakinan akan dapat mempertahankan kerusinya pada PRU14 akan datang sekiranya diberi peluang oleh pucuk pimpinan.

“Pada PRU lalu saya merupakan muka baharu, tidak ramai yang mengenali saya namun setelah hampir lima tahun menjadi wakil rakyat, diharapkan apa telah saya dan Ahmad Zahid lakukan demi Bagan Datuk dapat dinilai semua,” katanya.

Pada PRU13 lalu Shahrul Zaman mengalahkan calon PAS, Mohd Mishabahul Munir Masduki dengan majoriti 612 undi. – BERNAMA

Tags: BNpengundi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd