• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penemuan Kepala Wanita: Suami Didakwa Membunuh

oleh Ahmad Albab
17/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sri Aman, kira-kira 280 kilometer dari sini, atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga seorang warga China.

Menurut kertas pertuduhan, Wong Zing Haw, 41, didakwa membunuh Yan Xi, 31, antara 25 Februari dan 3 Mac lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam, demikian menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, dalam satu kenyataan di sini.

Menurut kenyataan itu, mahkamah menetapkan 23 April untuk sebutan semula kes.

Pada 3 Mac lepas, polis menemui bahagian kepala seorang wanita di tebing Sungai Batang Lupar, Jalan Skait Sri Aman.

Susulan itu, polis menahan suami wanita berkenaan.

Semalam, Dev dalam satu kenyataan berkata polis masih belum menemui bahagian tubuh wanita berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan pasangan itu berkahwin pada 2011 dan mempunyai dua anak. – BERNAMA

Tags: kepalakes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd