• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Gempar, Anak Lembu ‘Serupa’ Manusia

oleh
25/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEMPAR… Warga Gorontalo telah dikecohkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang seakan-akan mirip bentuk manusia dan tular menerusi media sosial sejak Jumaat lalu.

Kejadian aneh yang berlaku di Indonesia itu, telah menimbulkan kecurigaan dan tanda tanya kepada orang awam apabila ramai berpusu-pusu menyaksikan anak lembu tersebut.

Lapor portal Detik, Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Gorontalo, AKBP Wahyu Tri Cahyono berkata, haiwan itu dikatakan mirip manusia kerana kepala bulat dan kelihatan ada sepasang mata serta mulut seolah-olah sama seperti manusia.

“Apa yang menghairankan, mata anak lembu itu juga berada pada bahagian depan dan turut ada kening. Ia memiliki otot dan tulang punggung seperti tulang pinggul bayi yang berumur antara satu hingga dua minggu,” ujarnya.

Penduduk tempatan yang dikenali sebagai Septiana, berkata, anak lembu tersebut dilahirkan pada Khamis lalu dan menjadi kecoh apabila dijumpai oleh penduduk di kawasan sekitar dalam keadaan tidak bernyawa.

“Kepalanya jelas menyerupai manusia. Ia sudah mati ketika dikerumuni orang ramai,” katanya.

Bangkai tersebut telah ditanam apabila mula berbau selepas beberapa hari mati.

Menurut Penyelidik Institut Sains Indonesia, Gono Semiadi memberitahu, penduduk setempat yang membuat andaian, kelahiran anak lembu tersebut bakal membawa malapetaka kepada semua penduduk di kawasan tersebut hanyalah sekadar mitos sahaja.

“Jangan dikaitkan dengan sumpahan, mistik, atau apa sahaja. Pandangan saya, anak lembu tersebut adalah berkait dengan faktor biologi dalaman atau luaran,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: anak lembupenduduk setempat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Makanan Selangor Dijangka Cukup Tiga Bulan – MB

Terlanggar Anak Lembu, Wanita Meninggal Dunia Selepas Tiga Hari

25/02/2024
0

GUA MUSANG - Seorang wanita yang terlanggar anak lembu berkeliaran di jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)...

Kelahiran Anak Lembu 2 Kepala, 5 Kaki Jadi Tumpuan

01/10/2019
0

KUANTAN - Kelahiran seekor anak lembu jantan berkepala dua dan mempunyai lima kaki di Kampung Seri Damai di sini semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd