• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelahiran Anak Lembu 2 Kepala, 5 Kaki Jadi Tumpuan

oleh
01/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kelahiran seekor anak lembu jantan berkepala dua dan mempunyai lima kaki di Kampung Seri Damai di sini semalam menjadi bualan masyarakat sekitar selain tular dalam laman media sosial.

Anak lembu seberat 30 kilogram itu dilahirkan kira-kira pukul 3 petang dengan bantuan pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri memandangkan ibunya didapati mengalami kesukaran selepas menunjukkan tanda-tanda ingin melahirkan anak enam jam sebelum itu.

Anak lembu berkenaan bagaimanapun sudah tidak bernyawa ketika dilahirkan mungkin disebabkan lemas di dalam perut ibunya berikutan terlalu lama masa yang diambil.

Pemiliknya, Ibrahim@Aziz Abdullah, 66, berkata, dia terkejut melihat fizikal anak lembu itu yang berkepala dua dan mempunyai lima kaki kerana ia pertama kali berlaku sepanjang lebih 20 tahun menternak haiwan tersebut.

“Lembu betina ini sudah melahirkan 10 anak tetapi semalam saya melihat ia agak bergelut dan saya memanggil pegawai JPV untuk membantu kerana bimbang keadaan menjadi lebih buruk.

“Ini kali pertama saya menyaksikan kelahiran anak lembu yang aneh sehingga menjadi tumpuan penduduk setempat yang datang melihatnya,” katanya di sini hari ini.

Tags: anak lembuKepala dualima kaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Makanan Selangor Dijangka Cukup Tiga Bulan – MB

Terlanggar Anak Lembu, Wanita Meninggal Dunia Selepas Tiga Hari

25/02/2024
0

GUA MUSANG - Seorang wanita yang terlanggar anak lembu berkeliaran di jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)...

Anak Lembu Satu Mata Jadi Tarikan Di India

09/01/2019
0

KOLKATA - Sekumpulan penduduk di beberapa perkampungan sekitar daerah Bardhaman, Bengal Barat di sini terpegun selepas menyaksikan seekor anak lembu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd