• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penat Isu ‘Tak Habis’, UNIC Sedia Semuka Caprice

oleh
22/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMELUT antara kumpulan nasyid UNIC bersama dengan penyanyi rap, Capric kini bakal berakhir selepas Fakhrul mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bersedia untuk menyelesaikan isu tersebut.

BACA: Selalu ‘Hilang’, Caprice Tak Nak Promosi Lagu Ke?

JUGA: Tak Ada Tanda ‘Bluetick’, Caprice Nafi Tuduhan UNIC

Fakhrul akui bahawa sejak isu berkaitan promosi single berjudul Sedar itu, mereka bertiga masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

“Kami teruskan apa yang kami mampu dan menghormati sesama sendiri. Mungkin dia ada alasan tertentu.

“Daripada sudut kami masalah sudah selesai dan kami sudah jelaskan perkara sebenar,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Bagaimanapun, Fakhrul selaku wakil kumpulan UNIC memberitahu bahawa sepanjang isu itu berlaku, mereka langsung tidak menerima mana-mana jemputan persembahan.

Namun, nasib menyebelahi kumpulan yang diaggotai oleh Fakhrul, Najdi dan Bazli itu apabila mereka bakal mengadakan persembahan pada malam Anugerah MeleTOP ERA (AME2018) pada bulan hadapan.

“Kami tiada masalah untuk berjumpa dengan Caprice dan masih menunggu jawapan daripadanya.

“Kami tidak menjangka perkara ini akan terjadi sebab kami tidak tahu cara orang lain bekerja. Cuma kami nampak potensi yang besar ada padanya untuk kami berkolaborasi.

“Kami sudah pun laburkan yang terbaik, buang masa dan rugi untuk kami terlalu memikirkan masalah yang timbul,” tambahnya lagi.

Isu tersebut mulai timbul selepas kumpulan UNIC mendakwa penyanyi lagu Xde Hal Bro itu dikatakan enggan membalas kiriman pesanan ringkas yang dihantar bagi mendapatkan penjelasan berkaitan aktiviti mempromosikan lagu tersbeut.

Disebabkan isu itu, Caprice pula telah menganggap bahawa perkara itu seolah-olah sengaja diperbesarkan oleh kumpulan UNIC sendiri sebagai langkah  untuk mempromosikan single tersebut. -MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: CapriceNetizenUNIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kenyataan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa 'Johor akan jadi Selangor Di tangan PH' menerima reaksi balas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd