• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Perak Sudah Hantar Nama PRU14

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pemuda UMNO Perak telah menghantar senarai nama yang dilihat berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat negeri sebulan lepas.

Ketuanya, Khairul Shahril Mohamed berkata, beliau tidak boleh mendedahkan secara lanjut berhubung perkara itu namun menegaskan bilangan nama yang dihantar pada kali ini lebih ramai berbanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.

“Kita tidak boleh dedahkan berapa peratus nama yang dihantar tapi apa yang boleh kita kata, ia melebihi bilangan daripada pilihan raya yang lepas.

“Kita juga menamakan calon yang datang daripada UMNO sendiri dan juga dikalangan rakan parti komponen,” katanya selepas mengadakan sesi sidang akhbar perlawanan akhir bola sepak Piala Amanjaya 2017 merebut perisai Menteri Besar Perak, di sini hari ini.

Katanya, meskipun keputusan penuh terletak di tangan pucuk pimpinan tertinggi parti namun pihaknya berharap keutamaan turut diberikan kepada calon di kalangan sayap pemuda parti.

“Apa pun kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk menimbang dan mengkaji kesesuaian untuk meletakkan seseorang calon bertanding di sesuatu kawasan,” katanya.

Mengulas kemungkinan UMNO akan menggunakan calon ‘payung terjun’ dalam PRU14, beliau berkata, perkara itu bukan dalam bidang kuasanya selain tertakluk dibawah keputusan pimpinan UMNO pusat.

Katanya, beliau yakin perkara itu tidak akan mengganggu perencanaan parti khususnya dalam memastikan kemenangan kekal milik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Yang penting ialah kemenangan parti bukannya individu. Oleh yang demikian pemuda BN Perak akan akur dengan apa juga keputusan yang dibuat dan akan bekerjasama dengan jentera parti untuk memastikan kejayaan calon BN, ” katanya. – BERNAMA

Tags: PRU14UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun...

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd