• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumbuk Kawan Isteri, Pemotong Ayam Didenda RM1,000

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemotong ayam warga Indonesia didenda RM1,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menumbuk dan menendang seorang lelaki warga Bangladesh, yang merupakan kenalan isterinya.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Muzakki, 36, selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan cedera ke atas Fatik Miah, 28, dengan menumbuk dan menendang kepala dan badan mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Rahman Pudu, di Jalan Pasar Pudu Baharu, Dang Wangi, di sini pada 5.30 pagi, 12 Mac lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, peguam Fazrin Ahmad yang mewakili Muzakki memberitahu mahkamah anak guamnya bertindak demikian untuk mempertahankan isterinya dari diganggu oleh mangsa namun dia telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran ke atas tertuduh.
– BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 1,000 Pemimpin Masyarakat Cina Hadir Majlis BN Di Kluang – Ka Siong

Lebih 1,000 Pemimpin Masyarakat Cina Hadir Majlis BN Di Kluang – Ka Siong

09/07/2026
0

KLUANG – Kehadiran lebih 1,000 pemimpin masyarakat Cina pada satu majlis makan malam di Kluang disifatkan sebagai isyarat sokongan yang...

Kempen Berbaki Beberapa Hari: Onn Hafiz Rayu Pengundi Beri Mandat Kepada BN

Kempen Berbaki Beberapa Hari: Onn Hafiz Rayu Pengundi Beri Mandat Kepada BN

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merayu seluruh pengundi Johor agar memberikan mandat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd