• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Rentung Kereta Meletup, Terbabas

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Seorang pemandu Nissan Sentra rentung apabila kereta dipandunya mengalami letupan dan terbabas ke bahu kiri jalan dalam kejadian di Kilometer 6.3 Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Bukit Kayu Hitam, pagi tadi.

Mangsa, dikatakan sedang menghala ke Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 10 pagi tadi, kata Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim ketika dihubungi hari ini.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta mangsa telah mengalami letupan dan api telah marak sebelum ia terbabas ke kiri jalan,” kata Mohd Ismail.

Identiti mangsa, masih belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan mangsa yang rentung 100 peratus, kata beliau.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan itu telah dikenal pasti sebagai Tan Kia Sock, 71, berdasarkan nombor pendaftaran kenderan terbabit.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Penolong Penguasa Bomba Mohd Iqwan Ehshan berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10 pagi tadi sebelum tiba di lokasi kurang daripada 10 minit kemudian.

Api berjaya dikawal pada pukul 10.15 pagi sebelum mangsa yang masih berada di tempat duduk pemandu ditemui rentung 100 peratus manakala kereta berkenaan musnah 90 peratus, katanya.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd