• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tidak Risau Dakwaan Pakatan Bakal Berkubur

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – PAS akan tetap bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) walaupun secara bersendirian dan tanpa tahaluf siyasi dengan Pakatan Harapan.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor , Datuk Ir. Iskandar Samad berkata, PAS tidak berasa berhadapan masalah walaupun ada beranggapan PAS bakal berkubur disebabkan enggan bersama Pakatan Harapan.

“Kita kena ceritakan kepada rakyat apa yang PAS boleh buat untuk rakyat, kita berikan solusi dan bukan sekadar membangkitkan kelemahan kerajaan (seperti yang Pakatan Harapan lakukan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Padang Besar di Kompleks Tarbiyah PAS Padang Besar (KOMTAR) semalam.

PAS membuat keputusan memutuskan “tahaluf siyasi” (kerjasama) dengan PKR pada Mei 2017 selepas PKR banyak melanggar syarat-syarat Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Parti itu terlebih dahulu memutuskan kerjasama dengan DAP pada tahun 2015 kerana dilihat kerjasama itu tidak memihak kepada Islam menyebabkan DAP dan PKR mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat.

PKR dan DAP kemudian menubuhkan gabungan baharu parti pembangkang dikenali sebagai Pakatan Harapan yang turut disertai Parti Amanah Negara (PAN) yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat.

Pakatan Harapan kemudian berjaya memujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad dan parti barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai Pakatan Harapan pada Mac 2017.

Sejak itu, Mahathir dan partinya dipergunakan oleh Pakatan Harapan untuk memujuk orang Melayu terutama di kawasan kampung dan Felda menyokong pembangkang khususnya DAP. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd