• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen Raub Mampu Ditawan BN Jika Calon Melayu

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUB – Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali Parlimen Raub yang dimenangi DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu berikutan gerak kerja agresif yang dilaksanakan UMNO bahagian.

Setiausaha UMNO Bahagian Raub Datuk Tengku Abdul Rahman Tengku Perang berkata berdasarkan kajian yang dilakukan pihaknya mendapati, lebih 50 peratus pengundi Melayu yang memihak kepada pembangkang sebelum ini kini kembali berstatus putih.

“Begitu juga dengan pengundi Cina, lebih 20 peratus dalam kalangan mereka kembali menyokong BN, hasil daripada gerak kerja berterusan yang dijalankan selepas PRU lalu.

“Pungutan suara yang dilakukan juga mendapati, majoriti pengundi Raub yang juga kaum Melayu, berjumlah 30,133 orang atau lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi parlimen ini, menyuarakan mereka mahu calon BN kali ini diwakili oleh Melayu atau wakil rakyat daripada UMNO.

“Jadi peluang BN menang di parlimen ini agak cerah, cuma kita mahu pucuk pimpinan pertimbangkan suara rakyat ini dengan meletakkan calon yang sesuai,” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Bahagian Raub, di sini malam tadi.

Pada PRU13, DAP memenangi kerusi Parlimen Raub selepas calonnya, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz menewaskan calon BN, Datuk Khai Mun daripada MCA dengan majoriti 2,814 undi.

Bagaimanapun Tengku Abdul Rahman berkata UMNO bahagian bersedia menerima dan menyokong mana-mana calon yang ditetapkan pucuk pimpinan tertinggi BN atas nama solidariti.

Malah, katanya Ketua UMNO Bahagian Raub Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin turut menyatakan perkara sama semasa Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Raub 16 Mac lepas dan akan menghormati apa jua keputusan yang ditetapkan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Ahli ParlimenPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd