• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Perak Selesai Bahagi Kerusi DUN

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pakatan Harapan (PH) Perak telah selesai sepenuhnya pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha PH Perak V. Sivakumar.

Beliau berkata pembahagian kesemua 59 kerusi DUN bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP, Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dipersetujui oleh semua parti komponen dan pucuk pimpinan dua hari lepas.

“Pakatan Harapan Perak akan mengumumkan bilangan kerusi parti yang akan bertanding pada PRU14 dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media Ceramah Perdana Jelajah PH @ Kamunting di sini hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Batu Gajah berkata PH Perak akan terus bekerja keras untuk mencapai sasaran memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi DUN pada PRU14.

Sementara itu, Anggota Majlis Pimpinan PH Perak Wong Kah Woh berkata kali ini dalam sejarah apabila pembahagian kesemua kerusi DUN dan Parlimen di Perak dalam PH dimuktamadkan sekurang-kurang dua bulan sebelum PRU14.

“Ini tidak pernah berlaku,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, BN memenangi 31 kerusi, DAP (18), PKR (5) dan PAS (5). Satu daripada kerusi PAS kini disandang wakil Amanah.

Mengulas mengenai program jelajah itu, Sivakumar berkata program yang bakal berlangsung di sekitar Kamunting pada Sabtu ini akan dihadiri lima pimpinan tertinggi antaranya Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PH Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya Kamunting dipilih sebagai lokasi bagi membantu PH di kawasan itu dan di sekitarnya seperti Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: DUNpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd