• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Dakwa Kerjasama DAP Sah Di Sisi Islam?

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan mendakwa kerjasama dengan parti DAP adalah sah disisi Islam kerana DAP sebuah parti yang setia kepada Islam.

Pemimpin Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Dr. Mohamad Rafie Ab Malek mendakwa kerjasama dengan DAP sah di sisi Islam berdasarkan ayat al-Quran Surah Ali Imran, ayat 28.

“Jumhur Ulamak terdiri dari Imam Shafie, Imam Hanbali dan Hanafi dalam menghuraikan Surah Ali Imran, ayat 28 menyatakan bahawa meminta bantuan dari orang kafir dibolehkan dengan syarat mereka setia terhadap kita.

“Pimpinan DAP berulangkali menyatakan pendirian mendokong Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu “Islam adalah agama bagi Persekutuan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad mempersoalkan sikap munafik semakin jelas kelihatan pada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia berikutan Mahathir sanggup bekerjasama dengan DAP yang Mahathir pernah labelkan sebagai anti-Islam dan anti-Melayu kerana memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang mengancam kepentingan Islam dan Melayu.

Mahathir malah menggesa pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meraih sokongan politik pembangkang sedangkan sebelum ini beliau berulang kali mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bermoral.

Mohd. Yusof melahirkan kebimbangan strategi politik Mahathir itu sedang mencontohi perbuatan Abdullah Ubay yang terkenal dalam sejarah Islam sebagai pemimpin munafik.

Mohamad Rafie tidak berpuas hati dengan kenyataan itu menuduh kononnya Mufti Negeri Sembilan membayangkan kerajaan pimpinan kerajaan UMNO/Barisan Nasional seumpama Nabi Muhammad SAW sedangkan Mohd. Yusof tidak pernah berkata demikian.

Beliau turut mendakwa, jika hubungan setiap hubungan orang Islam dengan orang kafir adalah munafik maka hubungan UMNO dan MCA juga adalah munafik.

Beberapa pihak sebelum ini pernah menjelaskan kerjasama dengan DAP adalah haram kerana parti itu jelas mahu mengancam kepentingan Islam berbanding MCA dan Gerakan.

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah malah pernah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam dan pemimpin Melayu yang mencadangkan pemakaian tudung sebagai otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’,

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355.

Ke-10, DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,

“Apa masalah Mufti Negeri Sembilan melihat Mahathir mengakui kesilapannya berkait Anwar dan berusaha untuk menebus kesilapannya dengan berbaik semula dengan Anwar. Keinsafan Mahathir sewajarnya dipuji,” dakwa Mohamad Rafie lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd