Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Zamani Maafkan Individu Sebar...

PENYEBARAN video Zamani menyanyikan lagu Gerimis Mengundang ketika dalam tahanan pihak polis ekoran kes...

Video: Wanita ‘Naik Hantu’...

ADAKAH keadaan cuaca Malaysia yang panas kebelakangan ini turut menjadi faktor ramai orang...

Dr. Mahathir Lepaskan Portfolio...

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau terpaksa melepaskan portfolio Pendidikan...

KPT Laksana Pembelajaran Secara...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkenalkan sistem pembelajaran secara hibrid...

Pahang Bina 3,668 Unit Rumah PPR Untuk B40

BENTONG – Kerajaan Pahang telah melaksanakan 27 Projek Perumahan Rakyat (PPR) setakat ini melibatkan pembinaan 3,668 unit rumah di seluruh negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 3,379 unit telahpun diduduki manakala selebihnya dalam peringkat kelulusan pinjaman insitusi kewangan.

“Setakat ini terdapat beberapa projek PPR dalam pembinaan iaitu PPR Pelangai 2, Bentong; PPR Inderapura dan PPR Beserah, PPR Pulau Manis di Kuantan; dan PPR Luit, Maran manakala dua lagi projek PPR yang telah diluluskan ialah PPR Pekan dan PPR Tanjung Labu, Lipis.

“Semua projek ini memberi kemudahan kepada rakyat khususnya yang berpendapatan rendah supaya mereka berpeluang memiliki rumah untuk hidup dengan lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran dan cabutan undi projek PPR Kampung Baris, Pelangai di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Katanya kerajaan negeri sedar jumlah yang disediakan belum mencukupi untuk menampung keperluan golongan yang memerlukan, justeru kerajaan negeri telah mencadangkan 22 tapak baharu kepada Jabatan Perumahan Negara dalam Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia ke-11.

Beliau berkata kewujudan PPR itu akan turut merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan terlibat, sekali gus memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masing-masing.

Pada masa sama, katanya sebanyak 116 Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) juga telah dilaksanakan di negeri itu melibatkan pembinaan 32,257 unit rumah .


Adnan berkata daripada jumlah itu sebanyak lapan projek dengan 2,652 unit rumah telah siap dan diduduki manakala 21 projek (4,983 unit rumah) masih dalam pembinaan.

Katanya sebanyak 30 projek lagi yang melibatkan 7,807 unit rumah telah lulus kebenaran merancang dan akan memulakan pembinaan tidak lama lagi manakala selebihnya dalam proses memohon kebenaran merancang.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memikirkan apa lagi bantuan yang boleh kita berikan kepada rakyat dan apabila berjanji kita tidak pernah bercakap bohong, apatah lagi berjanji kosong.

“Kerajaan negeri akan terus merancang dan melaksanakan bukan hanya projek kos rendah untuk golongan B40 tetapi juga merangkumi segenap lapisan rakyat yang memerlukan termasuk golongan M40,” katanya. – BERNAMA

Kategori