• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Samseng Jalanan: 24 Individu Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seramai 24 individu ditahan dalam Operasi Bersepadu dan Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di Plaza Tol Senawang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata daripada jumlah itu, 21 individu ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 melibatkan dua individu dan seorang mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Kesemua ditangkap dibawa ke Mahkamah Seremban untuk tahanan reman bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata 32 motosikal daripada 105 buah yang diperiksa, disita polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebanyak 109 saman dikeluarkan polis, JPJ dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) atas pelbagai kesalahan dalam operasi tersebut, katanya.

Operasi bermula 11 malam dan berakhir 8 pagi tadi, disertai 151 pegawai dan anggota polis, JPJ, JAS, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL). – BERNAMA

*Sekadar Gambar Hiasan..

Tags: Op Samseng Jalananpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd