Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Padah Degil Buka Pintu...

SEBERANG JAYA - Penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri terpaksa memecahkan pintu...

Aziz Tak Kecil Hati...

PENGARAH filem Aziz M Osman tidak berkecil hati apabila dijadikan bahan lawak dan...

Siti Saleha Kini Bergelar...

TIDAK angin, tidak ribut... Tiba-tiba muncul khabar angin menyatakan pelakon cantik Siti Saleha telah...

Warung Pok Hassan ‘Teh...

KUALA TERENGGANU - Warung 'baik hati', itulah nama yang paling sesuai untuk kedai...

Neelofa Kekal Ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018

KUALA LUMPUR – Selebriti dan ahli perniagaan, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa masih kekal sebagai ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) yang diterima Januari lepas, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ia sekali gus menafikan dakwaan yang tular di blog media sosial yang mendakwa Neelofa digugurkan sebagai ikon wanita negara, kata kementerian itu.

“Pihak kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih Neelofa sebelum ini dan percaya ia dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

“Kementerian melihat daripada sudut yang positif apa yang akan disumbangkan beliau untuk memperkasa wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kementerian, perbincangan antara pihak kementerian dan Neelofa telah dibuat sebelum beliau diumumkan sebagai Ikon TMW18 dan kedua-dua pihak bersetuju memberikan yang terbaik bagi memastikan setiap agenda dan program yang dirancang akan dapat dilaksanakan untuk terus memajukan wanita.


Selain Neelofa, Puteri Diraja Selangor, Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pemilik butik dalam talian Fashion Valet, Datin Vivy Yusof, turut dilantik sebagai ikon TMW18 sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan mereka dalam bidang masing-masing.

Dalam pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita yang akan merangkumi empat program iaitu literasi pelaburan, Malaysia Women Made, Impact 4 Humanity dan Revolusi Industri 4.0. – BERNAMA

Kategori