• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ucap Tahniah Kepada Presiden China Xi Jinping

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping atas pelantikan semula buat penggal kedua.

Najib yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Sydney dalam ‘Twitter Tahniahnya’ turut menyifatkan hubungan China-Malaysia kini mencapai tahap baharu di bawah kepimpinan mereka bersama.

“Saya amat berharap dapat mempertingkatkan seterusnya hubungan menang-menang bersama ini demi kepentingan rakyat, negara dan rantau kita,” tulis perdana menteri.

Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) pada Sabtu memilih semula Presiden Xi Jinping bagi penggal kedua, dan berikutan itu melantiknya semula sebagai pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat.

Xi, 64, dipilih sebagai presiden bagi tempoh lima tahun pada Mac 2013.

Pada 11 Mac, Parlimen China meminda perlembagaan bagi memansuhkan had menyandang jawatan presiden selama dua penggal. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd