• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, Ahmad Zahid Hadir Forum Perdana Anjuran Bakti

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Seri Perdana, di sini, malam ini.

Hadir sama, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Bakti serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Turut serta, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, menteri-menteri kabinet dan menteri-menteri besar.

Forum bertajuk “Seiring Sejalan” itu menampilkan tiga panelis terkenal iaitu Datuk Kazim Elias, Ustaz Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat dan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Datuk Dr. Norhafizah Musa.

Ustaz Zakaria Othman dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak sebagai moderator forum berkenaan.

Forum itu antara lain menyentuh soal budaya seiring sejalan dalam kepimpinan negara, masyarakat dan rumah tangga, menguruskan perselisihan dan perbezaan serta menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Forum selama satu jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Seramai 400 tetamu menghadiri forum itu antaranya anggota Bakti, wakil Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) dan pelajar universiti. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengundi Bagan Datuk Diyakini Bersama BN

Next Post

Syabas Gagal Salur Maklumat Tepat

Related Posts

Abai, Aniaya Bella: Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun

Abai, Aniaya Bella: Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun

14/08/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, berhubung sabitan atas...

‘Anak Saya Mungkin Dicucuk dadah, Virus Atau Air’ – Rafizi

‘Anak Saya Mungkin Dicucuk dadah, Virus Atau Air’ – Rafizi

14/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli beranggapan tiga kemungkinan mengenai cecair yang disuntik kepada anaknya dalam...

Next Post

Syabas Gagal Salur Maklumat Tepat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd