• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Ikut PBB Isu Kedutaan Di Baitulmaqdis

oleh AK-47
07/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk membuka kedutaan Malaysia di Baitulmuqaddis, Palestin hanya akan ditentukan setelah status muktamad bandar itu diputuskan melalui rundingan dua hala Palestin dan Israel di bawah kerangka penyelesaian dua negara.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sebagai negara yang berpegang teguh kepada piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu, Malaysia perlu menghormati resolusi Perhimpunan Agung PBB mengenai status Baitulmuqqaddis.

Disember lepas, PBB mengisytiharkan resolusi Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel adalah tidak sah dan terbatal selepas pengundian menyaksikan 128 negara termasuk Malaysia menolak keputusan Amerika itu dan sembilan lagi negara menyokong.

“Seandainya kita (Malaysia) ambil tindakan sama (membuka kedutaan tanpa status muktamad Baitulmuqaddis) seperti Amerika Syarikat ia seakan-akan memberi signal bahawa Malaysia setuju atau mengesahkantindakan Amerika Syarikat yang dikritik majoriti masyarakat antarabangsa.

“Sekali gus, (ini) menjejaskan proses penyelesaian dua negara antara Palestin dan Israel,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PKR-Tumpat) yang ingin tahu mengapa Malaysia tidak mempunyai perwakilan di Baitulmuqaddis, seiring komitmen Malaysia memperjuangkan hak Palestin pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Reezal Merican Naina MericanPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd