• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Luahan Kasih Seorang Ibu…

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Mak akan tetap tunggu kau nak, selagi hayat dikandung badan. Mak tak akan mengalah,” itu luahan perasaan Kamariah Sarip, ibu kepada Mohd Razahan Zamani, seorang daripada penumpang pesawat MH370 yang hilang empat tahun lalu.

Walaupun sekian lama masa berlalu, namun bagi Kamariah, 59, doa dan harapan sentiasa meniti di bibir dan mindanya agar anak dan menantunya, Nurli Akma Hamid, yang turut berada dalam pesawat berkenaan, dapat ditemui dalam keadaan selamat.

“Saya terlampau rindukan dia. Bila saya rindu (Mohd Razahan), saya akan peluk cium baju dia. Kalau saya dah tiada, saya tak akan jumpa dia sampai bila-bila. Lepas arwah bapa dia meninggal, dia pula hilang, kini saya macam dah patah sayap.

“Walaupun ada pihak yang cuba berkata buruk (mengenai kehilangan pesawat itu), saya akan tepis dan yakin Allah tahu di mana mereka berada.

“Apa yang saya pegang hingga kini adalah jika betul dia dah meninggal dunia, kenapa tiada sijil kematian?” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Memperingati MH370 Kali Ke-empat, di sini hari ini.

Program berkenaan diadakan bagi mengenang peristiwa kehilangan pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pada 8 Mac 2014.

Selain memberi peluang kepada orang ramai memberi sokongan moral kepada ahli keluarga para penumpang, sesi ceramah, persembahan dan aktiviti menampal mesej ucapan di dinding turut diadakan.

Nurlaila Ngah@Awang, 44, isteri ketua pramugara, Wan Swaid Wan Ismail berkata beliau dan anak-anak semakin tabah dan kental untuk meneruskan hidup.

“Kehidupan kami berjalan seperti biasa walaupun kesedihan yang teramat sangat itu masih ada dan sampai hari ini saya masih teringatkan dia dan merinduinya.

“Walaupun saya akui agak rumit besarkan mereka seorang diri, tetapi saya berusaha untuk mencekalkan diri dengan menghadiri kelas agama dan mendekati Tuhan, saya rasa mendapat petunjuk,” katanya, tenang.

Intan Maizura Othman, 37, isteri pramugara, Mohd Hazrin Hasnan pula berkata walaupun sukar menguruskan dua anaknya berseorangan, beliau bersyukur kedua-duanya kini membesar dengan sihat.

“Kalau dulu anak sulung (perempuan) asyik bertanyakan tentang ayahnya, kini dia yang sudah berusia sembilan tahun lebih matang dan faham. Buatkan saya senang nak terangkan situasi tersebut kepada dia.

“Saya kini lebih realistik dan terima apa jua kenyataan kerana sebagai umat Islam, kita kena redha dan jalani kehidupan seperti biasa dan sentiasa bersabar dengan dugaan yang datang,” kata ibu kepada Iman dan Muhammad, 4. – BERNAMA

Tags: MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd