• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memo Kepada RoS: Polis Panggil 3 Pemuda PH

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis hari ini memanggil tiga anggota Pemuda Pakatan Harapan untuk mengambil keterangan berkenaan penyerahan memorandum tiga minggu lepas kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung kelulusan pendaftaran Pakatan Harapan.

Mereka ialah Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh dan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Sani Hamzan.

Syed Saddiq bagaimanapun tidak dapat hadir hari ini kerana mempunyai urusan peribadi.

Wong berkata ketiga-tiga ketua pemuda telah menerima panggilan daripada pihak polis dan dikehendaki untuk hadir memberi keterangan berkenaan memorandum itu pada 21 Februari lalu.

“Kami sedia memberi kerjasama kepada polis. Tetapi, kami ingin bertanyakan kepada polis sama ada kami merupakan saksi atau orang yang kena siasat di dalam penyerahan memorandum itu.

“Kami juga ingin tahu siapakah yang telah membuat laporan polis terhadap kami, sama ada pihak ROS, polis atau pihak ketiga.

“Kami berhak untuk tahu kerana sekiranya satu penyerahan dibuat secara aman dan damai, dan diterima oleh ROS tanpa apa-apa bantahan atau peristiwa tidak diingini, mengapa pihak polis perlu memanggil kami hari ini untuk mengambil keterangan,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya sebelum memberi keterangan.

Sani berkata pihak ROS harus bertindak secara adil dan tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan permohonan kelulusan Pakatan Harapan pada masa ini, dan hanya PPBM sahaja yang disiasat oleh jabatan itu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. – BERNAMA

Tags: PPBMROS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

24/09/2026
0

PUTRAJAYA - Pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak dibatalkan, sebaliknya gabungan itu dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa Rabu. Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd