• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBOT Bantu Tingkatkan Tenaga Kerja Mahir, Cekap

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yakin Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dapat membantu dan menyokong usaha kerajaan meningkatkan tenaga kerja yang mahir dan cekap dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Timbalan Menteri MOSTI Datuk Dr Abu Bakar Mohamad‎ Diah berkata MBOT yang ditubuhkan dua tahun lepas itu, memainkan peranan sebagai badan berdaftar dan mengiktiraf teknologis profesional serta juruteknik bertauliah sebagai profesion iktisas.

“Menerusi MBOT, mereka (teknologis profesional dan juruteknik bertauliah) diiktiraf sebahagian kumpulan profesional dan golongan berkenaan turut memperoleh gelaran sepertimana kumpulan jurutera, arkitek dan juruukur.

“Kalau jurutera profesional dipanggil Ir, juruukur Sr dan arkitek Ar. Bila kelulusan yang tidak dapat pengiktirafan daripada institut jurutera kerana silibus mereka tidak menepati untuk menjadi jurutera, mereka terumbang-ambing.

“Sebab itu kerajaan prihatin dengan masalah mereka terutama yang keluar daripada universiti-universiti teknikal jadi menerusi MBOT, mereka diberi gelaran ‘TS’ dan sebenarnya ia sudah lama ditunggu masyarakat juruteknologi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sains dan Seni di Muzium dan Galeri Tunku Fauziah Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Muhamad Jantan dan Pengarah Muzium dan Galeri Tunku Fauziah USM Zolkurnian Hassan.

Abu Bakar berkata MBOT akan menjalankan saringan dan proses yang ditetapkan sebelum diberi tauliah sebagai profesional yang melayakkan mereka menggunakan gelaran ‘TS’ di pangkal nama.

Katanya pemberian gelaran ‘TS’ itu secara tidak langsung membuktikan bahawa negara mengiktiraf kepakaran mereka dalam menyumbang kepada pembangunan negara.

“Di negara-negara maju, juruteknologi menjadi pemangkin kepada ekonomi negara kerana mereka pekerja berkemahiran yang banyak terlibat dalam pembangunan produk, pengujian produk dan mencipta produk baharu. Mereka ini teras kepada pembangunan negara.

“Jadi dengan adanya MBOT, kami telah membolehkan tenaga yang pandai dalam bidang teknologi ini menyalurkan kepakaran mereka kepada pembangunan negara dan saya yakin MBOT dapat meningkatkan tenaga kerja yang mahir serta cekap,” katanya. – BERNAMA

Tags: majikanMosti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

15/05/2024
0

SHAH ALAM - Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk mendaftar dan mencarum pekerja mereka secara sukarela dengan Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd