• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Warga Jerman Ditemukan Di Hotel

oleh Ahmad Albab
06/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki warga Jerman ditemui mati di dalam bilik sebuah hotel di Seberang Jaya di sini hari ini, dipercayai akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mayat Ralf Der, 56, ditemui oleh rakannya yang datang ke bilik hotel lelaki itu kira-kira 8.20 pagi tadi.

“Berdasarkan maklumat awal, lelaki itu menginap di hotel berkenaan sejak 24 Februari lepas dan dia yang bekerja dengan sebuah syarikat elektronik berada di Malaysia kerana urusan kerja.

“Menurut rakannya, kali terakhir dia melihat mangsa kira-kira 4 petang Sabtu dan selepas itu lelaki berkenaan gagal dihubungi sebelum dia datang ke hotel tersebut untuk melihat keadaan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Nik Ros berkata berdasarkan pemeriksaan awal forensik di tempat kejadian, tiada unsur jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Dalam perkembangan lain, Nik Ros Azhan berkata polis menahan lapan individu termasuk dua wanita yang merupakan penagih serta pengedar dadah dalam dua serbuan berasingan di Machang Bubok dan Berapit, di sini pada Sabtu.

Katanya dalam serbuan pertama di sebuah rumah kira-kira 3.30 petang di Machang Bubok, polis menahan empat lelaki dan dua wanita berusia 26 hingga 34 tahun yang sedang menghisap dadah di kediaman seorang daripada mereka.

“Polis turut merampas pelbagai jenis dadah antaranya heroin, syabu dan ganja bernilai hampir RM5,000 serta peralatan menghisap dadah.Mereka yang ditahan itu dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dan aktif dalam kegiatan berkenaan sejak tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata dalam serbuan kedua pada 10.30 malam di Berapit, polis menahan dua lelaki berusia 46 dan 66 tahun serta merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai kira-kira RM3,000. Katanya lelaki berusia 66 tahun itu turut mempunyai 18 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah dan dia juga antara pengedar dadah yang dikehendaki polis.

“Semua lapan individu yang ditahan itu positif dadah dan mereka kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Mayatpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Cedera Pokok Tumbang Dekat Menara Petronas

Next Post

Respect! Mark Berkongsi Wang Kemenangan RM100K

Related Posts

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

05/07/2025
0

REMBAU – Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan...

Next Post

Respect! Mark Berkongsi Wang Kemenangan RM100K

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd