Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Montana Jadi Negeri AS...

NEW YORK: Montana menjadi negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mengharamkan aplikasi media sosial...

Nikah Esok, Ummi Nazeera...

KURANG 24 jam menjelang hari bahagianya, pelakon Ummi Nazeera mengakui dia amat berdebar...

Enggan Pulang RM2.6 Juta,...

SHAH ALAM - Prosiding undang-undang ke atas lapan bekas kakitangan kontrak Menteri Besar...

Najib Sifatkan Banjir Landa...

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bencana banjir...

Maszlee Memang Penyokong Pembangkang Sejak Dulu

BERITA pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Maszlee Malik (gambar atas) bakal menyertai pembangkang bukan sesuatu yang mengejutkan mana-mana pihak pun!

Perkara itu didedahkan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff sebagai mengulas berita pensyarah itu ‘memasuki’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau bahkan mendedahkan bahawa Maszlee memang diketahui sejak dahulu lagi sebagai seorang ahli akademik yang tegar menyokong gerakan pembangkang dan lebih bersikap anti-kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Menurut beliau, kecenderungan dan sokongan pensyarah itu kepada pihak pembangkang boleh dilihat dengan jelas berdasarkan pelbagai kenyataannya dan sejumlah majlis anjuran pembangkang yang disertainya sebelum ini.

“Dalam ucapan beliau pada majlis dikelolakan DAP, Maszlee antara lain pernah menyebut “(YB Tony Pua) beri kita satu harapan yang sangat menarik, dia kata bahawa kita akan menang dalam pilihan raya umum ini

“Tentunya YB Lim Kit Siang juga memberi kita satu harapan yang sangat tinggi dan kita akan menang,” kata Kamarul Zaman ketika mengajuk ayat Maszlee tersebut menerusi satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, beliau seterusnya berkata bahawa Maszlee pernah juga menyatakan secara terbuka bahawa Parti Semangat 46 sudah tiada, tetapi Pakatan Harapan kini ada PPBM dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Tambah Kamarul Zaman, Maszlee malahan pernah mengecam kerajaan BN kononnya sistem pilihan raya di Malaysia sebagai tidak bersih dan pihak pembangkang perlu segera menangani perkara tersebut.

Bahkan katanya, Maszlee terlibat aktif dalam Bengkel Perancangan Strategik Parti Amanah Negara (PAN), pelancaran PAN Wilayah Persekutuan dan Nadwah Ulama lil Nahdah Jadidah (NUNJI) PAN Wilayah Utara.

Justeru, Kamarul Zaman mempersoalkan mengapa Maszlee bertindak hendak meninggalkan parti Islam yang baharu iaitu PAN untuk tiba-tiba mahu menyertai PPBM pula. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiasan…

Kategori