• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Di UK Buka Pintu Untuk Gelandangan

oleh Ahmad Albab
05/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Masjid di United Kingdom (UK) dan Ireland membuka rumah ibadat itu untuk golongan gelandangan berlindung daripada cuaca sejuk melampau yang melanda Eropah sekarang.

Eropah, termasuk UK dilanda cuaca sejuk melampau akibat tiupan angin Siberia dan Taufan Emma menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan isyarat merah di barat daya England serta selatan Wales untuk salji – tahap amaran tertinggi, manakala seluruh UK, isyarat kuning dan jingga.

Cuaca sejuk itu menyebabkan lebih 60 orang maut, sebahagian besarnya gelandangan.

Pemegang amanah Masjid Makki di Manchester, Rabnawaz Akbar, berkata, berikutan keadaan cuaca yang sangat sejuk, pihaknya memutuskan melakukan sesuatu unutuk membantu mereka yang memerlukan.

Menurut laporan media Britain dan Al-Jazeera, sejak beberapa hari lalu, sukarelawan berkhemah di luar masjid bagi menyediakan makanan dan tempat tinggal kepada gelandangan di bandar raya berkenaan.

Masjid juga menyediakan kemudahan tempat mandi kepada mereka yang tiada tempat tinggal, malah pemandu teksi diminta menghantar gelandangan ke masjid dengan tambang ditanggung tabung masjid.

Al-Jazeera melaporkan, Rabnawaz berkata, gelandangan di Manchester semakin meningkat.

“Langkah penjimatan kerajaan sejak lapan tahun lalu menyebabkan tiada lagi perkhidmatan sokongan yang diperlukan orang ramai.

“Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa tidur di merata tempat. Sebahagian mempunyai masalah kesihatan, mangsa keganasan rumah tangga, penagih dadah atau pelarian yang tiada dokumen,” katanya.

Seorang lelaki dikenali sebagai Jamie, seorang daripada empat gelandangan yang menumpang di masjid berkenaan sejak Khamis lalu, berkata: “Saya penagih dadah dan tidak pernah masuk masjid.

“Namun, tiba-tiba seorang lelaki datang dan berkata, “Anda tiada tempat tinggal, mahukah anda bermalam di masjid?”

“Mereka membuatkan saya berasa amat dialu-alukan dengan memberi makan dan minum, sesuatu yang majlis perbandaran tidak berikan kepada kami.”

Masjid Besar Leeds, Masjid Oldham, Masjid Finsbury Park, Masjid Canterbury dan Masjid Clonskeagh di Dublin turut membuka pintu kepada gelandangan.

“Kami mengerah sukarelawan bertugas pada waktu malam agar mereka yang memerlukan mendapat kehangatan mencukupi dalam bangunan, terutama pada lewat malam,” kata ketua kebajikan masyarakat di Pusat Kebudayaan Islam Ireland, Summayah Kenna kepada radio 98FM Dublin. – Agensi/myMetro Online

Tags: gelandanganmasjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd