• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto PH Hanya Umpan Raih Undi Rakyat – Noh

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Manifesto Pakatan Harapan(PH) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah bersifat sementara, populis dan dikitar semula sebagai umpan untuk meraih undi rakyat, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata manifesto itu memperlihatkan pakatan pembangkang itu buta dalam menilai sumbangan kerajaan BN terhadap rakyat Malaysia.

“Banyak perkara dalam manifesto yang mereka umumkan semalam sudahpun dilakukan kerajaan Persekutuan seperti pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN)… kerajaan lakukan pelbagai promosi dan diskaun untuk menggalakkan pembayaran pinjaman.

“Begitu juga dengan menangani kos sara hidup, kerajaan Persekutuan telahpun perkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya kepada pemberita selepas program khidmat pemberian air oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor kepada penduduk Seksyen 17 di sini, hari ini.

Sebanyak tiga lori tangki berkapasiti 20,000 liter setiap satu ditempatkan di kawasan itu manakala sebuah lori tangki berkapasiti sama ditempatkan di Seksyen 7 di sini untuk membekalkan air kepada penduduk yang terjejas.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata selama ini, pembangkang ‘membutakan mata’ dan ‘memekakkan telinga’ berhubung usaha yang dilakukan kerajaan Persekutuan, namun menggunakan mulut dengan menabur fitnah semata-mata hendak meraih undi.

“Oleh demikian, apa tujuannya mereka membentangkan manifesto itu kerana semuanya telah kita (kerajaan BN) lakukan demi membela nasib rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Yunos Nafi Marah Noh Omar Dalam Media Sosial

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bagi memburuk-burukkan Tan...

Speaker Berat Sebelah Benarkan Tuduhan ‘Rompak’

10/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendakwa speaker bersikap berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd