• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Ribut Di Yan Dapat Bantuan Awal – Jamil Khir

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Mangsa ribut membabitkan lebih 40 rumah di beberapa kampung di daerah ini menerima bantuan barangan keperluan asas dan wang tunai daripada pejabat Parlimen Jerai bagi membantu mangsa membaiki rumah mereka yang rosak akibat bencana itu.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata bantuan diberi menerusi empat kategori mangsa ribut iaitu kategori A membabitkan dua individu yang rumahnya ranap dan tidak boleh dibaiki yang menerima wang tunai RM10,000.

Beliau berkata kategori B pula ialah rumah rosak teruk tetapi masih boleh dibaiki membabitkan 14 mangsa menerima RM5,000 setiap seorang manakala kategori C bantuan RM2,000 diberikan kepada 11 mangsa yang rumah mereka rosak sederhana.

“Kategori D pula melibatkan kerosakan kecil seperti zink tercabut dengan bantuan RM1,000 seorang (18 mangsa),” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan tersebut di Surau Haji Jaafar, Kampung Gelam 3, Bukit Besar di sini hari ini.

Jami Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan sama sekali tidak meminggirkan nasib mangsa ribut terbabit malah akan mengusahakan pelbagai kaedah bagi membolehkan mereka dibantu.

“Ini termasuk usaha Pejabat Agama Daerah Yan yang mengarahkan 34 masjid di daerah ini melakukan kutipan derma selepas selesai solat Jumaat hari ini khas untuk mangsa ribut yang terlibat.

“Malah kita sudah memaklumkan mengenai bencana ini di peringkat kebangsaan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dijangka turun padang bersama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Kesihatan bagi membantu apa yang perlu,” katanya.

Sementara itu, seorang mangsa, Mohd Arizam Osman, 45, menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan pejabat Parlimen Jerai yang memberikan sumbangan dengan sebegitu cepat sekali gus memudahkan kerja-kerja membaiki bumbung rumahnya yang diterbangkan ribut.

Kejadian ribut yang berlaku pada Rabu lepas di beberapa kampung antaranya Kampung Batu II, Kampung Gelam dan Kampung Haji Latif itu mengakibatkan banyak rumah rosak teruk dengan dua daripadanya ranap.

Sejumlah 250 mangsa terjejas dalam kejadian pada 5.15 petang itu, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA

Tags: ribut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beri Kelainan Dalam Watak, Zara Bakal Jadi Penyanyi

Next Post

Kes Saman Izzah Terhadap Ismail Sabri Mungkin Selesai Secara Baik

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

Next Post

Kes Saman Izzah Terhadap Ismail Sabri Mungkin Selesai Secara Baik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd