• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Kemalangan ‘Hilang’: Kereta Ada, Mayat Tak Ada!

oleh
05/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan mencetuskan tanda tanya orang ramai kerana individu yang menjadi pemandu atau penumpang kereta itu tidak berada di sekitar lokasi tersebut.

Bagaimanapun, misteri itu akhirnya terjawab apabila mayat mangsa kemalangan ditemui di belakang sebuah perhentian bas di Sekolah Rendah Agama Sri Kantan 3, kira-kira 4 kilometer dari tempat kejadian.

Menurut Berita Harian, mayat mangsa yang merupakan jurugambar bebas dikenali sebagai Shafiq, 33, ditemui oleh orang awam yang kemudian melaporkan penemuan itu kepada pihak polis.

Ahli keluarga Shafiq dimaklumkan mengenai penemuan kereta miliknya oleh kenalan mangsa yang enggan dikenali dan ahli keluarga mangsa berusaha mencarinya di sekitar kawasan tersebut namun gagal.

Kira-kira jam 8.00 pagi, ahli keluarga Shafiq dimaklumkan mangsa ditemui meninggal dunia di belakang perhentian bas berhampiran sekolah rendah tersebut.

Ada pihak yang mendakwa menemui Shafiq dalam keadaan tersandar di perhentian bas kira-kira jam 5 pagi tadi, namun bila dijumpai mangsa sudah berada dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat lelaki itu pada jam 7.40 pagi di perhentian bas berhampiran sekolah terbabit di Sungai Kantan.

“Siasatan mendapati ada seorang saksi melalui Jalan Desa Sri Jenaris melihat sebuah kereta Perodua Myvi terbabas dan melanggar kaki lima perhentian bas di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan di perhentian bas Desa Sri Jenaris mendapati terdapat kesan kemalangan berlaku di kawasan itu dengan kesan petrol tumpah dan kesan perlanggaran di kaki lima lokasi kejadian.

Pemeriksaan fizikal terhadap mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan akibat unsur jenayah namun terdapat luka kecil di kedua-dua lututnya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga mendapat keputusan bedah siasat. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: kemalanganMangsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd