• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Hancur Jika Pembangkang Menang PRU14

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan hancur dalam tempoh dua tahun sekiranya pembangkang mengambil alih pemerintahan negara selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Senator Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata beliau yakin perkara itu tidak mustahil berlaku jika dilihat kepada beberapa faktor, terutamanya manifesto pembangkang yang tidak menekankan visi negara tetapi lebih menjurus kepada soal peribadi.

“Dalam PRU14, kalau Barisan Nasional (BN) kalah, I give you two years only, this country will be destroyed (dalam masa dua tahun sahaja, negara ini akan musnah. Saya beri jaminan (ini) sebagai seorang pemerhati politik.

“Tengok manifesto mereka (pembangkang) sudah cukup, banyak perkara yang bercanggah dan berkaitan dengan kepentingan peribadi. Apa tujuan mahu jatuhkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Bukankah ia dilihat bersifat personal, dendam, marah,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau berharap rakyat memahami apa yang bakal berlaku sekiranya pembangkang memerintah negara.

“Adakah ia sesuatu yang baik atau akan timbulkan huru-hara dalam negara. Cuba fikir betul-betul. Saya nak semua rakyat faham, kenapa kita nak hancurkan kebahagiaan kita, kebahagiaan anak cucu-cicit kita.

“Kalau ada salah sekalipun, kita betulkan kesilapan itu, kita perkukuhkan balik. Itu tugas kita sebagai bapa atau ibu, saya harap semua rakyat Malaysia sedar dan semua kaum jangan dipergunakan,” katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. – BERNAMA

Tags: pembangkangTan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat...

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd