• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Hampiri Status Negara Pendapatan Tinggi

oleh
09/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Malaysia berada di landasan tepat bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi selaras prestasi kukuh dengan kadar pertumbuhan tinggi sepanjang tahun 2017 dan 2018.

Ketua Pasukan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Malaysia, Nada Choueiri berkata, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan itu didorong oleh faktor permintaan global kukuh terhadap sektor elektronik.

Ia turut disumbangkan hasil peningkatan terma perdagangan bagi komoditi seperti minyak dan gas. Laporan badan antarabangsa itu sekali gus menafikan tohmahan jahat pihak pembangkang konon Malaysia sudah muflis.

“Pada tahun 2017, pertumbuhan adalah lebih tinggi daripada yang dijangka pelbagai pihak iaitu 5.8 peratus dan pada tahun 2018 pertumbuhan juga diramal melebihi daripada apa yang diunjurkan iaitu pada 5.3 peratus.

“Di peringkat domestik, sektor pekerjaan yang kukuh membantu dalam meningkatkan penggunaan swasta selain pelaburan turut memacu pertumbuhan tersebut,” katanya dalam sesi wawancara disiarkan dalam laman web IMF.

Menerusi tajuk “Malaysia’s Economy: Getting Closer to High-Income Status”, IMF yang ditubuhkan sejak 1945 dan kini dianggotai 189 negara, meramalkan Malaysia tiada masalah mencapai taraf negara berpendapatan tinggi.

Bank Dunia membuat definisi negara terbabit sebagai setiap rakyat secara purata meraih pendapatan bulanan bersih sebanyak AS$12,236 (kira-kira RM47,787) dengan menggunakan kaedah pengiraan Atlas Method sejak 2016.

Setakat ini 78 negara menerima status elit tersebut sekali gus diiktiraf negara maju atau dunia pertama manakala sembilan negara dilucutkan taraf itu termasuk Venezuela yang pernah gah dengan harga minyak termurah di dunia.

Untuk versi asal, sila klik http://www.imf.org/en/News/Articles/2018/03/07/NA030718-Malaysias-Economy-Getting-Closer-to-High-Income-Status . – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

–

Tags: IMF
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sri Lanka Perlukan AS$4 Bilion Untuk Mengelakkan Krisis

09/04/2022
0

COLOMBO: Sri Lanka memerlukan kira-kira AS$3 bilion (RM12.7 bilion) bantuan luar dalam tempoh enam bulan akan datang untuk membantu memulihkan...

IMF Lulus Pelepasan Hutang Kepada 25 Negara

14/04/2020
0

WASHINGTON - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), hari ini, mengumumkan pelepasan bayaran pinjaman selama enam bulan kepada 25 negara miskin dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd