• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Football League Tak Layan Rayuan Lagi

oleh Ahmad Albab
29/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Malaysia Football League (MFL) mengesahkan bahawa hukuman denda yang dikurangkan bagi 10 pasukan yang lewat dan gagal melengkapkan senarai pendaftaran pasukan Liga Malaysia (Liga-M) bagi musim 2018 adalah keputusan muktamad.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Kevin Ramalingam berkata pihaknya tidak akan melayan lagi sebarang rayuan untuk mengurangkan lagi jumlah denda selepas setiap pasukan telah diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

Bagi pasukan Liga Super, hukuman telah dikurangkan daripada RM1.5 juta kepada RM500,000, manakala bagi pasukan Liga Premier, denda dikurangkan daripada RM500,000 kepada RM200,000.

Justeru, jumlah itu adalah munasabah dan proses rayuan hanya sekali sahaja, katanya kepada pemberita sesi perkongsian pengalaman bertajuk: ‘Peranan MFL Dalam Pembangunan Bola Sepak Malaysia’ di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.

MFL, sebelum ini dikenali Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), mengendalikan Liga-M.

Kesemua 10 pasukan yang dikenakan denda dan hukuman adalah Kelantan FA, PKNS FC, Selangor FA dan Kuala Lumpur FA bagi Liga Super sementara pasukan dari Liga Premier pula adalah Kuantan FA, Pulau Pinang FA, Sarawak FA, MISC-MIFA, UKM FC dan PDRM FC.

“Di era di mana pendapatan semakin meningkat dan setiap bajet pasukan adalah sekitar RM15 hingga RM20 juta walaupun untuk pasukan kecil dalam Liga Super, adakah anda fikir RM10,000 akan memberi sebarang kesan kepada mereka?

“Seandainya hukuman denda itu kecil, maka tiada siapa akan merungut dan mungkin gembira untuk membayarnya…Saya fikir situasi macam ini sangat berbahaya.

“Saya rasa hukuman denda perlu cukup bermakna untuk membawa kesedaran dan memberi kesan,” katanya.

Sementara itu, Kevin memuji usaha Pusat Sukan UiTM menganjurkan sesi tersebut yang dihadiri oleh jurulatih dan pegawai dari institusi pengajian tinggi serta beberapa pemain kelab UiTM FC.

“Kami suka berkongsi pengalaman dengan mana-mana pihak yang yang mahu mendengar mengenai proses pembelajaran dan cabaran yang dilalui oleh MFL selepas hampir tiga tahun ditubuhkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: FMLLP Kevin Ramalingam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sudah Tiba Masa Rakyat Peroleh Paras Gaji Sesuai

Next Post

Nidzam Pangku Jawatan Ketua Jurulatih Kedah

Related Posts

FMLLP Bakal Perkenal ‘Challenge Cup’ Liga-M 2018

30/12/2017
0

SHAH ALAM - Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) bakal memperkenalkan satu pertandingan baharu di dalam saingan Liga Malaysia...

Next Post

Nidzam Pangku Jawatan Ketua Jurulatih Kedah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd