• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FMLLP Bakal Perkenal ‘Challenge Cup’ Liga-M 2018

oleh AK-47
30/12/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) bakal memperkenalkan satu pertandingan baharu di dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018 iaitu ‘Challenge Cup’.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FMLLP, Kevin Ramalingam berkata ia bertujuan untuk memastikan setiap pasukan yang gagal melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia dapat bertanding sepanjang musim selain mampu memberi impak positif terhadap perkembangan prestasi pasukan berkenaan.

Kevin berkata pelaksanaan pertandingan itu juga dilihat mampu memberikan peluang kepada pemain muda yang sedang meningkat untuk terus menambah baik prestasi mereka menerusi jumlah perlawanan yang lebih banyak dalam satu musim.

“’Challenge Cup’ ini adalah satu perkara yang telah kita pertimbangkan untuk menambah baik pasukan-pasukan yang tidak bertanding dalam Piala Malaysia. Secara teknikal dan komersial ini adalah satu perkara yang penting untuk jangka masa panjang sesebuah pasukan itu.

“Tujuan kita hanya untuk memperbanyak perlawanan kepada pasukan. Kita tidak boleh menghadapi situasi yang mana sebuah pasukan itu hanya bermain 22 ke 23 perlawanan semusim sahaja. Itu tidak sihat untuk pasukan itu sendiri dan juga kepada pemain yang sedang meningkat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Taklimat Pasukan Liga Malaysia 2018 di sini hari ini.

Bagaimanapun, Kevin berkata pelaksanaan ‘Challenge Cup’ itu masih di peringkat awal dan beberapa penilitian kerja masih lagi berjalan bagi memastikan objektif pelaksanaan pertandingan itu tercapai.

“Kita masih lagi sedang memperhalusi mekanisme ‘Challenge Cup’ ini kerana kita sedang meneliti kemungkinan untuk turut memasukkan pasukan yang tersingkir awal daripada saingan Piala Malaysia ke dalam pertandingan tersebut,” kata beliau.

Terdahulu, FMLLP turut merombak format saingan Liga-M bagi musim 2018 dengan saingan Piala Malaysia akan kembali diasingkan selepas dua musim berlangsung seiring dengan perjalanan Liga Super dan Liga Perdana.

Ia menyaksikan format baharu yang digunakan pada musim lepas tidak lagi diterapkan dan kelayakan semua pasukan ke saingan Piala Malaysia akan ditentukan menerusi kedudukan pasukan pada penamat saingan Liga Super dan Liga Perdana. – BERNAMA

Tags: FMLLP Kevin Ramalingam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Football League Tak Layan Rayuan Lagi

29/03/2018
0

SHAH ALAM – Malaysia Football League (MFL) mengesahkan bahawa hukuman denda yang dikurangkan bagi 10 pasukan yang lewat dan gagal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd