• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nidzam Pangku Jawatan Ketua Jurulatih Kedah

oleh Ahmad Albab
29/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Penolong jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof hari ini dilantik memangku jawatan selaku Ketua Jurulatih pasukan berkenaan yang disandang Ramon Marcote sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Yusdi Madeinus Mohamad Yunus berkata Marcote kini diberikan peranan baharu sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan KFA bagi memantau projek pembangunan bola sepak sedia ada serta merangka persediaan skuad Hijau Kuning bagi tempoh jangka panjang.

“Keputusan itu diambil selepas pihak pengurusan mendapat maklum balas teknikal daripada semua pihak mengenai kelebihan pengalaman dan tahap kelulusan beliau (Marcote) dalam bidang sains sukan dan kejurulatihan bola sepak yang boleh dimanfaatkan semua pemain dan jurulatih di negeri ini.

“Antara sasaran jangka pendek buat Ramon Marcote adalah melihat kembali struktur kejurulatihan semua pasukan di bawah kendalian KFA dan merangka program latihan di samping memantau perkembangan pemain dalam menyediakan pasukan pada musim hadapan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata langkah itu adalah yang terbaik dan dipersetujui kedua-dua pihak setelah satu perbincangan diadakan antara Marcote dan pihak pengurusan KFA. – BERNAMA

Tags: Mohd Nidzam Adzha Yusoff
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Liga Super: Nidzam Adha Dalam Dilema Bertemu Terengganu

27/04/2018
0

DILEMA hilang satu, dapat satu. Itu yang dialami ketua jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof yang akan turun sebagai pelawat...

Nidzam Adzha Sah Sebagai Ketua Jurulatih Kedah

12/04/2018
0

JITRA - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini mengesahkan bahawa pemangku Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff dilantik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd