• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa Boleh Cari Duit Poket Dengan GrabVarsity

oleh AK-47
18/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASANYA kebanyakan kita merasakan zaman belajar di universiti ataupun di kolej adalah waktu yang paling sukar dalam hidup.

Iyalah, di mana duit poket sentiasa tidak mencukupi dan kadang kala terpaksa ikat perut terutamanya sebelum duit pinjaman pengajian masuk ke dalam akaun bank.

Nak minta wang perbelanjaan dari ibu bapa pula tidak sanggup rasanya asyik kerap menyusahkan mereka.

Paling sukar adalah soal pengangkutan di mana jika tiada kenderaan sendiri agak membebankan jika mahu melakukan kerja-kerja di luar kampus.

Syukurlah, penawaran terbaharu daripada syarikat perkhidmatan perkongsian kenderaan, Grab kini diperkenalkan iaitu GrabVarsity yang berkolaborasi dengan beberapa universiti tempatan di Malaysia.

Melaluinya, para pelajar dapat meningkatkan kualiti hidup serta secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan pengangkutan dalam kalangan pelajar universiti.

Menurut Ketua Pengurus Grab Malaysia, Sean Goh, setakat ini program berkenaan telah menarik tiga universiti iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UMP).

GrabVarsity terdiri daripada empat tonggak utama iaitu ganjaran GrabVarsity, rakan pengangkutan, peluang pembelajaran secara langsung dan merapatkan peluang pendapatan.

Program ganjaran GrabVarsity termasuk menawarkan pelbagai faedah eksklusif daripada Shopee Malaysia, iflix, Photobook Worldwide, Honor, Digi dan Pizza Hut.

Bagi program rakan pengangkutan pula, Grab akan mengurangkan akan kesesakan di dalam kawasan universiti dengan menetapkan kawasan untuk mengambil dan menurunkan penumpang, selain kod promo eksklusif sempena acara-acara seperti konvokesyen, hari sukan atau perayaan.

Para pelajar juga boleh menyertai program jangka pendek khas yang khusus untuk pemandu Grab dalam kalangan pelajar sahaja bagi membolehkan mereka mendapat pendapatan tambahan untuk membantu membiayai yuran pendidikan atau pinjaman pelajar. – MYNEWSHUB.CC

Tags: e-hailingGrab
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengurus Restoran Makanan Segera Dijumpai Lemas

Next Post

Remaja Lelaki Ditahan Sedang Curi Wayar Elektrik

Related Posts

Pengawal Pengiring Didenda RM1,000 Tumbuk Pemandu E-hailing OKU

Pengawal Pengiring Didenda RM1,000 Tumbuk Pemandu E-hailing OKU

04/11/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang pengawal pengiring orang kenamaan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menumbuk muka...

Grab Turut Meriahkan Perarakan Hari Kebangsaan 2023

Grab Turut Meriahkan Perarakan Hari Kebangsaan 2023

31/08/2023
0

PETALING JAYA : Grab Malaysia (Grab) melalui pemandu dan penghantar mereka bersama-sama menyertai perarakan Hari Kebangsaan 2023 di empat buah...

Next Post

Remaja Lelaki Ditahan Sedang Curi Wayar Elektrik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd