• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ling Liong Sik Gagal Batal Saman Difailkan Najib

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadapnya berhubung penerbitan artikel dalam satu portal berita yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memutuskan bahawa ada isu yang akan dibicarakan dalam kes saman itu berhubung locus standi sama ada plaintif (Najib) memfailkan saman atas kapasiti peribadi atau sebagai pegawai awam.

“Hakim yang mengikuti kes Datuk Seri Adnan Yaakob lawan Utusan Malaysia di Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Adnan dan memerintahkan kes saman itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan. Hari ini, hakim berkata isu locus standi dalam kes ini akan dibicarakan,” kata Mohd Hafarizam.

Hakim yang membuat keputusan dalam kamar juga mengarahkan Ling membayar kos RM5,000 kepada Najib.

Mohd Hafarizam juga berkata satu lagi isu yang akan dibicarakan ialah sama ada saman itu adalah menyalahgunakan proses mahkamah.

Beliau berkata tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar perkara itu kerana kes tersebut akan didengar oleh hakim baharu, Datuk Nordin Hassan memandangkan Hakim Nor Bee sekarang ialah Hakim Mahkamah Keluarga.

Peguam Yeoh Cho Kheong yang mewakili Ling berkata plaintif sepatutnya diberi peluang untuk didengar di mahkamah untuk menentukan sama ada saman oleh beliau (Najib) ialah atas kapasiti peribadinya atau sebagai pegawai awam.

Ling mengemukakan permohonan pada 15 Feb, 2016 untuk membatalkan saman Najib atas alasan bahawa ia adalah penyalahgunaan proses mahkamah dan tidak menyatakan alasan yang munasabah.

Pada 27 Okt, 2015, Najib atas kapasiti peribadi telah memfailkan saman terhadap Ling kerana mendakwa bahawa bekas menteri pengangkutan itu telah membuat kenyataan yang berbaur fitnah terhadapnya dalam satu artikel yang disiarkan dalam portal berita itu pada 3 Okt, 2015.

Dalam kenyataan tuntutannya, Najib berkata Ling secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan fitnah itu pada satu majlis di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini dengan mendakwa kenyataan oleh Ling membawa maksud beliau (Najib) telah menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Pada 18 Julai, 2016, mahkamah membenarkan permohonan oleh Najib untuk mengetepikan aafidavit bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang difailkan untuk menyokong permohonan Ling bagi membatalkan saman tersebut. – BERNAMA

Tags: Ling Liong Sik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Kini Di Pasaran Malaysia

Next Post

Pengerusi Skim Wajib Tayang Cabar Ahmad Idham

Related Posts

Permohonan Najib Batal Pembelaan Ling 17 April

26/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 17 April untuk mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

23 Mac Permohonan Liong Sik Batal Saman Najib

24/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 23 Mac depan untuk membuat keputusan mengenai permohonan bekas presiden MCA, Tun...

Next Post

Pengerusi Skim Wajib Tayang Cabar Ahmad Idham

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd