• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Mac Permohonan Liong Sik Batal Saman Najib

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 23 Mac depan untuk membuat keputusan mengenai permohonan bekas presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik bagi membatalkan saman difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes berkenaan di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Nor Emelia Mohd Iszeham mewakili Najib dan peguam Villie Nethi mewakili Dr. Ling.

Dr. Ling pada 15 Februari lepas memohon untuk membatalkan saman Najib atas alasan bahawa ia menyalah guna proses mahkamah dan tidak menyatakan alasan tindakan munasabah.

Najib menyaman Dr. Ling pada 27 Oktober 2015 dengan mendakwa bekas menteri pengangkutan itu menyiarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan menerusi artikel dalam sebuah portal berita.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib mendakwa Dr Ling telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini, yang disiarkan menerusi artikel dalam sebuah portal berita pada 3 Oktober 2015.

Pada 18 Julai lepas, mahkamah membenarkan permohonan Najib untuk mengetepikan afidavit bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang difailkan bagi menyokong permohonan Dr. Ling untuk membatalkan saman perdana menteri. – BERNAMA

Tags: Ling Liong SikmahkamahNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd