Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Juragan Bot...

TAWAU - Polis Tawau hari ini menahan seorang lelaki dipercayai juragan bot yang...

Iran Larang Penggunaan Media...

KEPUTUSAN drastik telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Iran dengan mengharamkan penggunaan rangkaian media...

Radio Live Di FB...

NAMA Faizal Ismail mula dikenali apabila menjadi penyampai radio pertama di stesen Hot...

Meghan Dikritik Ubah Gaya...

BERASAL dari Amerika Syarikat (AS), sudah tentu Meghan Markle bertutur dalam loghat bahasa...

Lelaki Maut Rentung Selepas MPV Terbabas

SEREMBAN – Seorang lelaki ditemui rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas lalu terbakar di Kilometer 17.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Port Dickson, hari ini.

Sebuah Naza Citra telah merempuh penghadang jalan dan terbakar menyebabkan mangsa terperangkap berhampiran susur keluar ke Bandar Springhill sekitar 2.45 pagi.

Lapor Harian Metro, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, ketika di lokasi kejadian pihak polis menemui secebis kertas atas nama Lim Sai Chong beralamat ‘Tanah Merah Site C’.

Siasatan awal mendapati mangsa yang rentung keseluruhan dimaklumkan adalah Lim Tong Hai, namun belum dapat disahkan lagi.

“Bedah siasat dilakukan di Hospital Port Dickson dan sampel tisu mangsa akan diambil bagi tujuan pemadanan DNA bersama sampel darah daripada ahli keluarganya bagi tujuan pengesahan,” ujarnya.


Semasa kejadian didapati keadaan cuaca baik dan permukaan jalan raya di lokasi kejadian adalah kering.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat dan saksi kejadian untuk tampil kehadapan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Raja Nur Hafizah Raja Arifin di talian 06-6472222.

Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori