• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Kena Tetak ‘Kekasih Gelap’ Ibu Mertua

oleh
11/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki warga Filipina maut selepas ditetak oleh ‘kekasih gelap’ ibu mertuanya di dapur rumah tidak bernombor di Kampung Longgom, Kota Marudu pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui terbaring berlumuran darah dan mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang serius.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, terdapat kesan tetakan pada leher, perut, muka dan bawah lutut mangsa yang dipercayai ditetak menggunakan parang.

Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas mengetahui mangsa pernah melakukan hubungan intim dengan kekasihnya yang juga ibu mertua kepada mangsa.

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama isterinya orang tempatan, ibu mertuanya dan suspek berada di rumah itu serta mereka dalam keadaan mabuk.

“Isteri mangsa dikatakan bercerita mengenai mangsa yang sebelum ini pernah melakukan hubungan intim dengan kekasih suspek (ibu mertua mangsa) berusia 61 tahun di ladang getah berhampiran.

“Pendedahan itu menyebabkan suspek marah sehingga berlaku pergaduhan sebelum mangsa ditetak di dapur rumah berkenaan,” katanya dipetik Harian Metro.

Tambah Mohd Izaan, tubuh mangsa ditemui oleh jirannya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sebelum maut dan mayatnya dihantar ke Hospital Pitas untuk dibedah siasat.

Difahamkan, usaha memburu kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: bunuhditetak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

05/02/2026
0

BUTTERWORTH, 4 Februari 2026 – Seorang wanita berstatus ibu tunggal ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di kediamannya di tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd