• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Khianat Tokong Buddha Ditahan

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Polis menahan seorang lelaki semalam dipercayai telah melakukan khianat termasuk cubaan membakar sebuah tokong penganut Buddha di Jalan Raja Uda di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 malam tadi di sebuah restoran makanan segera di Jalan Raja Uda berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di tokong berkenaan.

“Kami menerima laporan polis daripada ahli komuniti tokong itu kira-kira pukul 7 pagi semalam memaklumkan lebih 10 ekor ikan merah yang terdapat di rumah ibadat berkenaan telah mati serta sebuah kerusi turut hilang.

“Hasil siasatan awal polis juga mendapati terdapat kesan plastik terbakar yang dipercayai telah dicampakkan ke dalam tandas tokong yang terletak di bahagian belakang deretan bangunan di kawasan berkenaan dipercayai cubaan membakar rumah ibadat tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya berdasarkan rakaman CCTV yang terdapat di tokong itu, polis berjaya membuat pengcaman ke atas lelaki berkenaan sebelum menahannya dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Noorzainy berkata lelaki itu yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah kini direman empat hari dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan seorang lelaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan samun di sekitar daerah SPT dalam serbuan di Mak Mandin, di sini semalam.

Katanya lelaki berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira sejam selepas dia memecah masuk sebuah rumah di Taman Sri Arowana, Bukit Mertajam dan melarikan pelbagai peralatan elektrik dan barangan bernilai lebih RM5,000 dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam.

“Pemeriksaan terhadap lelaki itu turut menemukan plastik lutsinar disyaki dadah heroin seberat 5.58 gram.

“Polis turut merampas barangan elektrik yang dicurinya serta beberapa peralatan digunakan untuk pecah rumah antaranya gunting, pahat, pemutar skru serta pisau boleh laras,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kuil Buddhalelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

Suri Rumah Sidai Pakaian Terkejut Lihat Lelaki Panjat Tembok Masuk Rumah

Suri Rumah Sidai Pakaian Terkejut Lihat Lelaki Panjat Tembok Masuk Rumah

02/09/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang menyidai pakaian di halaman terkejut apabila mendapati seorang lelaki memanjat tembok untuk menceroboh rumahnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd