• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dibelasah Isteri Selepas Minta Cerai

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG suami yang tidak tahan lagi dengan isterinya yang sentiasa menderanya, telah dibelasah oleh wanita itu selepas dia meminta cerai.

Dalam kejadian yang berlaku semalam di Busan, Korea Selatan, si suami yang hanya dikenal pasti sebagai B dan berusia 23 tahun itu telah meminta cerai dari isterinya, A, kerana tidak tahan lagi dipukul.

A yang marah dengan permintaan suaminya telah merancang sesuatu yang tidak akan dilupakan lelaki itu. Dia beri pil tidur kepada B dan kemudian mencukur rambut suaminya hingga botak. A juga memukul B bertalu-talu.

Kedua-duanya yang mengalami masalah mental mengenali satu sama lain menerusi komuniti dalam talian untuk pesakit mental. Mereka berkahwin pada Januari lalu.

Sejak berkahwin A menjadi ganas dan sering menggunakan kekerasan terhadap suaminya. Kes itu dilaporkan kepada polis. Pada mulanya polis mahu mendakwa A atas tuduhan cubaan membunuh.

Namun melihat kepada rekod penyakit mental yang dialaminya, pihak berkuasa hanya boleh mendakwa A atas tuduhan menyebabkan kecederaan fizikal pada suaminya. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: isterilelaki
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

“Janganlah Kerana Marahkan Saya, Isteri, Anak-Anak Dan Keluarga Terlibat, Mereka Tidak Bersalah” – Shuib

“Janganlah Kerana Marahkan Saya, Isteri, Anak-Anak Dan Keluarga Terlibat, Mereka Tidak Bersalah” – Shuib

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelawak dan usahawan Shuib tampil memohon maaf secara terbuka kepada Jep Sepahtu susulan kontroversi sindiran terhadap bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd