• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak Jalan Berturap Getah Diharap Dapat Dibina

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berharap agar kesemua pembinaan jalan raya di seluruh negara selepas ini termasuk Lebuh Raya Pan Borneo diwajibkan menggunakan campuran getah bagi membantu memaksimumkan penggunaan getah yang dikeluarkan pekebun kecil negara, seterusnya menstabilkan harga komoditi berkenaan.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata berdasarkan kajian pihaknya, setiap kilometer jalan berturap getah akan menggunakan sebanyak 4.2 tan metrik getah.

“Kajian kita sudah selesai dan kita harap Jabatan Kerja Raya akan mewajibkan semua jalan raya seluruh Malaysia ini akan menggunakan getah. Ini kesannya amat baik kepada pekebun-pekebun kecil yang menghasilkan getah, alangkah besarnya penggunaan getah sekiranya Lebuh Raya Pan Borneo itu menggunakan getah,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau nerkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) yang ingin tahu sama ada jalan berturap getah dirancang dibina secara lebih meluas pada masa hadapan.

Bagaimanapun Datu Nasrun berkata, keputusan untuk membina jalan berturap getah ini terserah kepada Kementerian Kerja Raya kerana pihaknya hanya bertanggungjawab dalam menjalankan kajian.

Sementara itu, Datu Nasrun berkata pada tahun 2017, China merupakan destinasi eksport terbesar getah asli negara iaitu sebanyak 870,000 tan yang merupakan 73 peratus daripada 1.194 juta tan, jumlah eksport negara pad atahun itu.

“China bukan sahaja pengimport terbesar getah asli Malaysia, malahan turut merupakan negara pengguna getah asli terbesar dunia yang menggunakan hampir 40 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan getah asli dunia,” katanya menjawab soalan asal Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) yang ingin tahu negara pembeli getah terbesar dari Malaysia.

Katanya, kementerian bersama Lembaga Getah Malaysia dan Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) serta peserta industri secara aktif mengadakan misi dagangan dan teknikal bagi mempromosikan getah Malaysia dan barangan getah untuk mengembangkan syer pasaran Malaysia di pasaran-pasaran antarabangsa yang berpotensi seperti Iran.

Beliau berkata pada masa ini, Malaysia membekal kira-kira 5.5 peratus daripada jumlah pengeluaran getah dunia.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia dengan kerjasama negara-negara pengeluar utama lain seperti Thailand dan Indonesia sentiasa bekerjasama melalui Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) dalam usaha menstabilkan harga getah ke tahap yang lebih baik untuk dinikmati oleh para pekebun kecil getah di negara ini. – BERNAMA

Tags: getahJalan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd