Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

12 Kluster COVID-19 Berkaitan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12 kluster COVID-19 yang berkaitan sambutan Aidilfitri, dikesan setakat...

UTC Kedah Dapat Sambutan,...

ALOR SETAR - Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah nyata mendapat sambutan dan...

Downy Malaysia Perjelas Dakwaan...

JENAMA pelembut pakaian, Downy Malaysia menafikan dakwaan bahawa produknya mengandungi unsur babi seperti...

Rafiziramli.com Kegunaan Peribadi &...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu laman web www.rafiziramli.com...

Laporan Media Asing ‘Berat Sebelah’ Mengenai Malaysia

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menyifatkan laporan media asing mengenai Malaysia sebagai ‘sangat berat sebelah’ dan ‘tidak seimbang’.

Beliau berkata mereka memberi gambaran bahawa segala-galanya mengenai kerajaan adalah buruk manakala parti pembangkang pula umpama malaikat.

Katanya laporan mengenai Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dikitar semula dari tahun-tahun lalu berkenaan rasuah, pilihan raya yang curang, kekurangan demokrasi, penafian kebebasan bersuara dan sebagainya.

“Sejak dua hari lalu, media asing telah menyerang Malaysia secara umum dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya.

“Ini tidak menghairankan memandangkan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata, ‘kami terpaksa menggunakan saluran media asing; BN (Barisan Nasional) juga boleh berbuat demikian, mereka mempunyai banyak wang untuk mengupah penganalisis dari Cambridge’,” katanya menerusi catatan blog beliau.

Salleh, yang juga Bendahari UMNO berkata bahawa sejak 30 tahun lalu, bagaimanapun ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri hingga hari ini, media asing masih mengatakan hal sama.


Beliau berkata pembangkang kemudian menular (menyebarkan) laporan ini untuk memberi gambaran bahawa seluruh dunia menentang Malaysia.

“Apa yang media asing gagal sebutkan dalam laporan ini adalah banyak kes rasuah yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah di negeri Pakatan Harapan memerintah iaitu di Selangor dan Pulau Pinang.

“…atau mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 (pada 2013), kononnya (didakwa membawa masuk) 40,000 pengundi Bangladesh, yang terbukti sebenarnya palsu,” katanya. – BERNAMA

Kategori