• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Air Selangor Kritikal, Tempoh Pulih Makin Lama

oleh
08/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARAH… Krisis air di Selangor kini semakin serius susulan lima orang petugas yang terbabit dalam kerja pembaikan Loji Rawatan Air SSP3 dekat Bukit Badong, Ijok cedera parah lewat semalam.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memaklumka mangsa cedera akibat sistem mampatan udara telah pecah semasa proses persiapan pengaktifan semula loji itu dijalankan pada jam 5 petang Selasa.

“Ketika kejadian, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pegawai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) turut berada di situ,” jelas pihak SYABAS dalam kenyataan semalam.

Sebanyak 564,000 akaun pengguna SYABAS yang telah meliputi  427 kawasan sekitar Lembah Klang telah terjejas dan difahamkan tempoh gangguan akan berlaku lebih panjang daripada yang ditetapkan sebelum ini.

Dalam masa yang sama, proses pembaikan dua paip berukuran 1.1 meter yang telah pecah itu mungkin agak lama dengan pemulihan bekalan dijangkakan mengambil masa yang lebih panjang selepas sistem agihan kosong.

SYABAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerja pembaikan yang dilaksanakan dekat loji terbabit telah siap sejak semalam tetapi mempatan udara itu pula telah pecah ketika proses persediaan mengaktifkan semula operasi loji berkenan.

“Kejadian itu telah menyebabkan kecederaan serius terhadap kakitangan bertugas di kawasan tapak. SPLASH telah memaklumkan kejadian berlaku kepada SPAN serta Jabatan Keselematan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH),” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, sebelum gangguan bekalan air ini berlaku, pihak SYABAS telah memaklumkan bahawa kerja pembaikan di loji berkenan akan dijalankan mulai 8 pagi hingga petang semalam sahaja.

Oleh itu, bekalan air hanya akan dapat dipulihkan secara berperingkat pada pagi Jumaat ini khususnya sekitar kawasan Klang dan Shah Alam.

Namun disebabkan berlakunya kejadian yang tidak dijangkakan itu, tempoh bekalan air akan berlanjutan dan tersasar jauh daripada jadual asal yang telah diberikan.

Tambahan lagi, syarikat berkenaan akan memaklumkan lagi status pemulihan yang baharu serta turut akan bekerjasama dengan pihak SPLASH bagi membantu kerja pembaikan.

“Bantuan bekalan air menerusi operasi lori tangki akan digerakkan ke kawasan yang terjejas dan Pusat Khidmat Setempat kami akan beroperasi 24 jam sehingga bekalan pulih.

“Kerjasama dan keprihatinan pengguna berhubung insiden yang tidak dijangkakan ini dan lanjutan masa pemulihan amatlah dihargai. Kami juga mengambil segala tindakan perlu.

“Ia bagi mengurangkan kesan gangguan dan kesultan kepada pelanggan yang terjejas,” tambahnya lagi. Disebabkan kejadian itu juga, pihak SPAN mengeluarkan notis kepada syarikat bekalan air di seluruh negara.

Ini bagi mendapatkan bantuan kemudahan lori tangki masing-masing untuk tujuan menagguhkan bekalan dekat kawasan yang terjejas sepanjang tempoh pembaikan dijalankan. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: Netizenpaip pecah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd