• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Bakal Bina 6,000 Rumah Transit Di Rawang

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membina 6,000 unit rumah transit di Rawang dekat sini, bagi membantu golongan belia terutama di kawasan bandar.

Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata kediaman jenis studio itu bakal dibangunkan di tapak seluas kira-kira 202 hektar.

Bagi maksud itu, beliau berkata kementerian sudah mendapat kelulusan Kabinet bulan lepas.

“Jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, sudah pasti pelaksanaan projek itu dapat disegerakan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Kampung Sawah Sepadan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang Datuk Habibah Yusuf.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Pengerusi BN Selangor berkata pembinaan rumah berkeluasan 450 kaki persegi dan 650 kaki persegi itu akan dilaksanakan dengan kerjasama syarikat pemaju swasta.

Terdahulu, Noh menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada lapan keluarga di kampung berkenaan. – BERNAMA

Tags: KPKT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming melabelkan pihak yang membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai...

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd