Monday, June 17, 2024

Creating liberating content

Tunku Imran Bertegas Mahu...

SHAH ALAM – Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku...

Sivarraajh Nafi Lompat Parti...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MIC, Datuk C.Sivarraajh hari ini menafikan dakwaan Presiden...

Skandal Tapak Bazar: Ahli...

PUTRAJAYA - Tindakan disiplin akan diambil ke atas mana-mana anggota Parti Pribumi Bersatu...

Game Over Pakatan Harapan

Sah, tindakan terdesak saat akhir Pakatan untuk menjadi kerajaan semula adalah sia-sia walau pun dakwaan mereka memiliki 114 kerusi itu mungkin benar. - MYNEWSHUB

Komited Pastikan Rakyat Nikmati Hasil Pembangunan

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri komited memastikan masyarakat khususnya yang kurang berkemampuan menerima sama limpahan daripada pembangunan pesat di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelbagai inisiatif percuma dapat dilaksanakan kerajaan negeri menerusi hasil pembangunan yang dikecapi.

“Antaranya kita laksanakan inisiatif seperti Bas Muafakat Johor (BMJ), jalur lebar percuma, namun air saja tidak percuma, tetapi tengoklah lepas pilihan raya umum macam mana, insha-Allah.

“Sepuluh tahun akan datang, lebih banyak projek mega akan dibangunkan dan membentuk ekonomi kukuh, namun kita tidak akan meminggirkan kesejahteraan rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Jasamu Dikenang Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam bersama Yayasan Pasir Gudang, di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyuarakan terima kasih beliau dengan perkhidmatan yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menjaga keamanan negeri ini.


“Saya dan masyarakat amat berpuas hati dan terhutang budi dengan pegawai dan anggota polis terhadap kesetiaan, semangat dan segala pergorbanan dalam mempertahankan keamanan negara dan negeri ini.

“Atas faktor itulah, indeks jenayah di negeri ini menurun secara konsisten selama tujuh tahun berturut-turut hingga 38 peratus antara 2011 dan 2016,” katanya. – BERNAMA

Kategori