Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Pencerobohan Bot Nelayan Vietnam...

KUANTAN - Pencerobohan bot nelayan asing Vietnam di perairan Pantai Timur dan Sarawak...

Jangan Tukar Kerajaan Tengah...

BAYAN LEPAS : ”Jangan tukar kerajaan tengah jalan, tak baik.”Ikuti Mynewshub: TelegramItu pesanan Presiden...

Mesej Dalam Botol Tertua...

BERLIN - Saintis berkata mesej dalam sebiji botol lama yang terdampar di tepi...

Amaran Gunung Berapi Mayon...

MANILA - Tahap amaran gunung berapi Mayon di Filipina dinaikkan daripada tiga kepada...

Kim Jong-un Dan Bapa Pernah Jadi Warga Brazil

BRASILIA – Kementerian Luar Brazil kini menyiasat laporan bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan mendiang bapanya, Kim Jong-il, menggunakan pasport Brazil diperoleh secara haram.

Pasport yang memang sah itu malahan pernah digunakan untuk permohonan visa ke beberapa buah negara Barat pada tahun-tahun 1990-an, lapor media tempatan di sini semalam.

Agensi berita antarabangsa Reuters mendedahkan secara eksklusif laporan tersebut berdasarkan kepada lima sumber keselamatan daripada pihak berkaitan di negara-negara Eropah Barat.

Pasport-pasport asli tersebut dipercayai juga digunakan untuk perjalanan ke Brazil sendiri selain Jepun dan Hong Kong yang ketika itu masih merupakan pulau jajahan British.

Kim Jong Un Dan Bapa Pernah Jadi Warga Brazil Palsu

Salinan pasport Brazil yang diterima Reuters, belum pernah diedarkan sebelum ini. Kedutaan Korea Utara di Brazil bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan tersebut.


Keluarga pemimpin Pyongyang itu diketahui menggunakan dokumen perjalanan yang diperoleh dengan cara yang mencurigakan, tetapi sebelum ini tiada butir-butir khusus dilaporkan.

Tahun lalu, nama Jong-un mendapat liputan luas media antarabangsa ekoran dikaitkan sebagai dalang kes pembunuhan abang tirinya, Kim Jong-nam di Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori